Langkau ke kandungan

OPERASI KHAS SEKITAR GEMENCHEH

YDP MDTampin, Puan Suriani Binti Salihan turun padang bersama Jabatan Penguatkuasaan MDTampin didalam operasi khas yang diadakan di sekitar Gemencheh malam tadi. Beberapa kesalahan melibatkan kenderaan berat dan tidak memenuhi syarat lesen perniagaan dikesan. Pesalah dikenakan kompaun dan diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan demi menjaga kesejahteraan semua terutama dari aspek keselamatan dan kesihatan…

PENGUATKUASAAN NOTIS E DAN TINDAKAN SITAAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 1/2026

​Dimaklumkan kepada seluruh pemilik hartanah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tampin bahawa tempoh bagi menjelaskan bayaran Cukai Taksiran bagi Penggal Pertama Tahun 2026 kini telah tamat sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, bermula pada Mac 2026 ini, pihak Majlis akan melaksanakan penguatkuasaan tegas melalui pengeluaran Notis E dan tindakan sitaan ke atas pemilik yang masih gagal menjelaskan…

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). (Bawa bersama kad pengenalan, sijil asal dan cop syarikat semasa lawatan tapak) Tarikh tutup : 13.03.2026 (Jumaat) Masa :…

TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA

Tarikh tutup tawaran pada 27 Februari 2026 (Jumaat). Borang permohonan boleh didapati di  kaunter Jabatan Penilaian atau dikaunter Pejabat Majlis Daerah Tampin & Kaunter Cawangan Gemas.  Maklumat lanjut sila hubungi Muhammad Amirul Akmal bin Khairulnizam / Tengku Fazdy bin Ku Mohd Fozi di talian 06-4411601/609 Tawaran Sewaan Ruang Niaga

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). (Bawa bersama kad pengenalan, sijil asal dan cop syarikat semasa lawatan tapak) Tarikh tutup : 23 Februari 2026 (Isnin)…

Kejohanan Olahraga Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan 2026 Sempena Ulangtahun Majlis Bandaraya Seremban Ke-6

Kejohanan Olahraga Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan 2026 Sempena Ulangtahun Majlis Bandaraya Seremban Ke-6 Acara sukan telah berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Kompleks Sukan Negeri Paroi dan Kolam Renang Awam Paroi, Seremban. TAHNIAH!! buat team MDT kerana telah menunjukkan aksi cemerlang dalam acara-acara yang dipertandingkan. Encik Mohd Zamri Bin Johar, Pembantu Khidmat Am,…

Majlis Daerah Tampin (MDT) berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N)

Majlis Daerah Tampin (MDT) berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) dalam satu sesi perbincangan berkaitan potensi pelaksanaan program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang boleh dilaksanakan secara bersama. Majlis mengalu-alukan kerjasama strategik ini dan berharap agar jalinan kerjasama antara MDT dan F&N dapat menyumbang ke arah pembangunan serta pemajuan Daerah…

Sesi latihan Sistem Task Management dan Sesi TOT Teknikal bersama Pn. Nurain Binti Suhaimi, Ketua Unit Pembangunan Sistem & Pangkalan Data Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

Alhamdulillah, selesai sesi latihan Sistem Task Management dan Sesi TOT Teknikal bersama Pn. Nurain Binti Suhaimi, Ketua Unit Pembangunan Sistem & Pangkalan Data Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dibantu Cik Nur Atiqah Binti Mohd Rostan. Selama 2 hari berada di MDTampin banyak ilmu baharu diperoleh bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kerja, kefahaman…