Langkau ke kandungan

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus

16 Sep 2024 Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban. Perarakan kali in telah disertai lebih 3000 orang peserta. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam perarakan kali ini. Sambutan Maulidur Rasul SAW tahun ini bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”. Tema ini adalah manifestasi dari…

Majlis Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih kepada Cik Nur Athirah

Majlis Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih kepada Cik Nur Athirah

13 Sep 2024 Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada Cik Nur Athirah binti Omar diatas khidmat bakti yang disumbangkan sepanjang berkhidmat di Majlis Daerah Tampin . Seluruh warga kerja MDTampin mendoakan semoga Cik Athirah diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan yang mendatang.

Turun Padang Yang Dipertua MDT

Turun Padang Yang Dipertua MDT

13 Sep 2024 Program turun padang bersama Yang Dipertua, Ahli Majlis serta ketua jabatan Majlis Daerah Tampin (MDT) di lima (5) kawasan Gemencheh yang dikenal pasti bagi meninjau isu dan permasalahan yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan. Turut hadir ialah YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, ADUN Kawasan Gemencheh dan Pn. Nur Amalina binti Mat, Jurutera…

Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin Bil. 08/2024

Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin Bil. 08/2024

28 Ogo 2024 Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin Bil. 08/2024 telah berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat Zamrud MDTampin. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Tuan Abdul Shukor Bin Ab Aziz, Ahli Majlis MDTampin. Majlis Peluncuran Ringkas Sistem eTempahan MDTampin turut diadakan. Melalui Sistem ini orang ramai boleh membuat tempahan dewan, kompleks…

Sesi libat urus & lawatan ke Tampin Square Tampin.

Sesi libat urus & lawatan ke Tampin Square Tampin.

19 Ogo 2024 Tuan YDP bersama anggota Jabatan Majlis Daerah Tampin & Badan Pengurusan Tampin Square membuat lawatan di sekitar kawasan Tampin Square bagi cadangan menaikkan aktiviti perniagaan dan membuat pemeriksaan berkaitan isu-isu semasa yang berbangkit. Lawatan bersama JMB ini adalah satu peluang yang sangat bermakna untuk kita berkongsi pandangan, mengeratkan hubungan, dan meninjau perkembangan…