Pembaharuan Perjanjian Sewaan Premis Tahun 2020. Pastikan tiada TUNGGAKAN sewaan
Pastikan semua tunggakan sewaan diselesaikan terlebih dahulu. Pembaharuan perjanjian tidak akan dibenarkan kepada akaun/penyewa yang TERTUNGGAK dan penyewaan premis akan ditarik.
Tarikh TAMAT Pembaharuan Lesen Perniagaan pada 31.12.2019
Tempoh Pembaharuan Lesen Perniagaan akan TAMAT pada 31.12.2019. Bertindak Segera. Elakkan tindakan undang-undang.
TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA
MDT menawarkan ruang perniagaan berbentuk arked, bengkel dan gerai makanan untuk disewakan kepada mereka yang berminat. Lokasi ruang perniagaan terletak disekitar Daerah Tampin merangkumi kawasan bandar dan juga luar bandar. Permohon mestilah warganegara Malaysia, bermastautin di Tampin, tidak mempunyai perniagaan dan pekerjaan lain. Untuk maklumat lanjut , sila hubungi Pn. Noor Saadah di talian 06-4415354.…
Penyelenggaraan Sistem OSC online bermula 7/1/2019 – 18/1/2019
Makluman Sistem OSC online akan diselenggara bermula 7/1/2019 – 18/1/2019. Sebarang permohonan pelan pembangunan dalam tempoh tersebut boleh dibuat secara manual dikaunter Unit OSC, Tingkat 2, Pejabat Majlis Daerah Tampin. Segala kesulitan amat dikesali.
Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14 akan diadakan mulai 17 hingga 19 Disember 2018
Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14 akan diadakan mulai 17 hingga 19 Disember ini. Agenda utama Persidangan DUN pada kali ini melibatkan pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan 2019 yang dijadual pada 17 Disember 2018.
Denda Lewat Pembaharuan Lesen Perniagaan : Januari 30%, Februari 40% dari kadar lesen, Mac-Disember lesen dibatalkan
Kadar baru denda lewat pembaharuan lesen perniagaan akan dikenakan mengikut kadar berikut : 1. Januari : 30% dari kadar lesen 2. Februari : 40% dari kadar lesen 3. Mac – Disember: Lesen dibatalkan
Tempoh Pembaharuan Lesen Perniagaan 2019 Bermula 1 November Hingga 31 Disember 2018
Tempoh Pembaharuan Lesen Perniagaan 2019 Bermula 1 November hingga 31 Disember 2018
Dasar Perbandaran Negara Kedua
Ketahui Dasar Perbandaran Negara Kedua. Klik Untuk Maklumat Lanjut
Kaunter Kutipan Luar 19 dan 26 Ogos 2017
Kaunter kutipan luar bagi bayaran cukai taksiran, sewa dan kompaun akan dibuka seperti berikut 19 Ogos 2017(Sabtu) : 1) Pejabat PPP Taman Gunung Mas 2)Dewan Serbaguna Taman Indah Tampin 26 Ogos 2017(Sabtu) : 1) Dewan Serbaguna Taman Indah Tampin 2)Dewan Serbaguna Gemencheh 3)Pejabat MDT Caw. Gemas
NOTIS PINDAAN TARIKH AWAL MUHARAM (MAAL HIJRAH) BAGI TAHUN 2017
INFORMASI YB. Dato’ /YAA. Dato’ / YBhg. Dato’ / Tuan, NOTIS PINDAAN TARIKH AWAL MUHARAM (MAAL HIJRAH) BAGI TAHUN 2017 Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa terdapat perubahan tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun 2017. Tarikh tersebut telah dipinda dari 21 September 2017 (Khamis) ke 22 September…

