TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA
MDT menawarkan ruang perniagaan berbentuk arked, bengkel dan gerai makanan untuk disewakan kepada mereka yang berminat. Lokasi ruang perniagaan terletak disekitar Daerah Tampin merangkumi kawasan bandar dan juga luar bandar. Senarai kekosongan seperti lampiran dibawah :- Senarai Ruang Niaga
TAWARAN SEBUTHARGA
Pembekalan Pokok-Pokok Hidup Di Daerah Tampin. Pembekal / Kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang, Sub Bidang dan Pecahan Sub Bidang (Bekalan dan Perkhidmatan)dan masih dibenarkan untuk membuat pembekalan adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga ini. Maklumat lanjut seperti lampiran dibawah. Iklan Sebutharga
KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN DI BANDAR TAMPIN
Kerja-kerja penurapan jalan akan dilaksanakan di sepanjang Jalan Besar Bandar Tampin, Hospital lama Tampin, S.J.K(Tamil) dan McD dari 26 hingga 28 Oktober 2020 (9.00 malam hingga 6.00 pagi). Pengguna jalan raya diingatkan supaya menggunakan laluan tersebut luar daripada waktu disebutkan diatas untuk ke Pekan Tampin bagi mengelakkan kesesakan.
KAJI SELIDIK CADANGAN PINDAAN
KAJI SELIDIK CADANGAN PINDAAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 [AKTA 171] BERKAITAN PENGUATKUASAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) Assalamu ‘alaikum dan Salam Sejahtera, Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menjalankan kaji selidik untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi orang ramai terhadap cadangan pindaan Akta 171 berhubung: (i) penyelarasan semula kadar…
NS TANGGUH BEBERAPA PROGRAM SEBAGAI LANGKAH BENDUNG COVID-19
Seremban, 15 Oktober 2020 (Korporat SUKNS) — Kerajaan Negeri Sembilan menangguhkan beberapa program peringkat negeri dan kebangsaan sebagai langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 di negeri ini. Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, semua jabatan dan agensi kerajaan disaran menilai kembali semua program yang telah dirancang tahun ini. Antara program yang ditangguhkan katanya, Majlis Penyerahan Insentif…
TAWARAN SEBUTHARGA PERALATAN RANGKAIAN DAN UPS
NOTIS SEBUTHARGA Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi bekalan dan perkhidmatan berikut:- No. Sebutharga : SH(MDT)06/2020-S Tajuk Sebutharga : SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR,…
TAWARAN SEBUTHARGA BAGI PEMBEKALAN PERALATAN ICT
NOTIS SEBUTHARGA Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi bekalan dan perkhidmatan berikut:- No. Sebutharga : SH(MDT)05/2020-S Tajuk Sebutharga : SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL…
IKLAN SEWAAN RUANG NIAGA
Tawaran sewaan ruang niaga MDT sekitar Tampin,Lay-by Jalan Seremban-Tampin & Bangunan Taman Rekreasi Tampin. Tarikh tutup permohonan 12 Oktober 2020. Maklumat lanjut sila klik pautan dibawah. IKLAN SEWAAN RUANG NIAGA
TUANKU MUHRIZ CEMAR DULI LANCAR KEMPEN KEBERSIHAN
Seremban, 22 September 2020 (Korporat SUKNS) –Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli melancarkan Hari Kebersihan Sedunia (World Cleanup Day) Peringkat Negeri Sembilan dan Kempen Negeri Sembilan Bersih 2020 di Taman Malaysia Seremban. Turut hadir, Undang Luak Jelebu, Dato’ Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Dato’ Muhammad Abdullah…
Operasi Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran
Majlis Daerah Tampin (MDT) sedang giat menjalankan kutipan tunggakan cukai taksiran di seluruh kawasan operasi di Tampin, Gemencheh dan Gemas. Orang ramai yang mempunyai tunggakan cukai taksiran disaran agar segera membuat pembayaran melalui saluran-saluran disediakan seperti tertera dibawah. Kegagalan membuat bayaran didalam tempoh ditetapkan boleh diambil tindakan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sila hubungi MDT…

