Skip to content

Sesi Libat Urus RMK-12 Bersama Kerajaan Negeri Sembilan

Seremban, 22 Ogos 2019 – Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah mengadakan sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bersama kerajaan Negeri Sembilan, hari ini. Sesi berkenaan telah dipengerusikan secara bersama antara Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Radzi Jidin. Menurut kementerian itu, penyediaan RMK-12…

LAWATAN KERJA DARIPADA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

Unit Pusat Kecemerlangan (CoE) Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Daerah Tampin. Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat dan data lebih lanjut berkaitan Daerah Tampin. Taklimat perancangan pembangunan telah disampaikan oleh En. Ahmad Faizal Bin Kamarudin, Ketua Jabatan Perancang Bandar dan Desa MDT. kuim.jpg

Penutupan Jalan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2019

Makluman penutupan jalan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2019 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban. TARIKH DAN MASA YANG TELAH DI TETAPKAN :- • 28 Ogos 2019 (Rabu) – Latihan (7.30pagi – 12.30tengahari) • 29 Ogos 2019 (Khamis) – Raptai Penuh (7.00pagi – 12.30tengahari) • 31/08/2019 (Sabtu) – Sambutan Hari Kebangsaan (6.00pagi…

PKNNS, De Four Development Tandatangan Projek Usahasama

Seremban, 31 Julai 2019 (Korporat SUKNS) – Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) hari ini menandatangani satu Perjanjian Usahasama melalui pemaju De Four Development Sdn Bhd untuk membangunkan Projek Perumahan Penjawat Awam Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri Sembilan diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Dr. Razali Ab Malek dan De Four Development…

PERTANDINGAN ANUGERAH MEDAN SELERA BERSIH,SELAMAT DAN SIHAT DI DAERAH TAMPIN

UNTUK MAKLUMAN PENIAGA-PENIAGA GERAI MDT KAWASAN TAMPIN ,GEMENCHEH DAN GEMAS Pertandingan Anugerah Medan Selera Bersih , Selamat dan Sihat di Daerah Tampin akan diadakan sempena bulan Kemerdekaan . Tuan dijemput hadir ke Taklimat Pertandingan yang akan diadakan pada ketetapan berikut : Tarikh : 14 Ogos 2019 Masa  : 9.30 pagi Lokasi : Dewan Bandaran Tampin…

Executive Talk Akta Perancang Bandar & Desa 1976

Pada 06/08/2019 telah berlangsung Program  Executive Talk Akta Perancang Bandar & Desa 1976 (Akta 172) Bersama Ahli Majlis PBT Negeri Sembilan bertempat di Dewan Perdana Tampin.  executive_talk.jpg

Operasi Sitaan Tunggakan Cukai Taksiran

Bermula 22 Julai 2019 (Isnin) pihak MDT akan melaksanakan operasi sitaan bagi rumah-rumah dan premis-premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran. Sebelum operasi sitaan ini dilaksanakan, pihak MDT telah mengeluarkan notis peringatan berkaitan tunggakan cukai taksiran (Notis E) kepada pemilik-pemilik harta pada bulan April yang lepas dan diserahkan melalui serahan tangan, pos atau diletak di premis…

TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA

MDT menawarkan ruang perniagaan berbentuk arked, bengkel dan gerai makanan untuk disewakan kepada mereka yang berminat. Lokasi ruang perniagaan terletak disekitar Daerah Tampin merangkumi kawasan bandar dan juga luar bandar. Permohon mestilah warganegara Malaysia, bermastautin di Tampin, tidak mempunyai perniagaan dan pekerjaan lain. Untuk maklumat lanjut , sila hubungi Pn. Noor Saadah di talian 06-4415354.…

NOTIS SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERKAKASAN ICT BAGI KEGUNAAN DI PEJABAT MAJLIS DAERAH TAMPIN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN

NOTIS SEBUTHARGA   Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi bekalan dan perkhidmatan berikut:- No. Sebutharga        :           SH(MDT)06/2019-S Tajuk Sebutharga        :       SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERKAKASAN…