Langkau ke kandungan

Ekspo dan Pasar Ramadhan

Borang Permohonan Ekspo dan Pasar Ramadhan di Tampin, Gemencheh, Gemas dan Pasir Besar dibuka mulai 1 hingga 3 April 2019. Borang boleh didapati di Kaunter Perlesenan MDT di Tampin dan juga Kaunter Cawangan Gemas. Borang yang lengkap diisi perlu dikembalikan selewat-lewatnya sebelum/pada 5 April 2019. Sila hubungi Bahagian Perlesenan dan Kesihatan di talian 06-4414458 untuk…

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat MDTampin

Majlis ini telah berlangsung di Dewan Perdana Tampin. Semua kakitangan wanita MDTampin telah berkumpul bagi menjalankan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang pihak pengurusan. Hadiah-hadiah juga menanti para pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang dijalankan seperti pertandingan masakan dan lain-lain lagi. Jelas ceria diwajah semua. Semoga wanita-wanita MDTampin kekal cergas dan ceria selama berkhidmat disini.

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2019

Sejumlah 28 qari dan qariah akan mengambil bahagian pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2019 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 22 Mac di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Majlis anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kerajaan Negeri Sembilan dan beberapa agensi dan jabatan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri itu turut…

Ralat : Iklan Sebutharga SH(N)20/2019

Dimaklumkan bahawa terdapat pindaan pada Kod Bidang/Sub Bidang/Pecahan Sub Bidang adalah Kod Bidang: 09 / Sub Bidang:  01 / Pecahan Sub Bidang:  01 dan bukan seperti yang disiarkan terdahulu. Segala kesulitan amat dikesali.   Sekian harap maklum, Terima kasih.

Notis Tawaran Iklan Sebutharga Pembekalan SH(N)20/2019

Tawaran adalah dipelawa kepada Pembekal/Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi pembekalan berikut: NO. SEBUT HARGA : SH(N)20/2019 TAJUK PROJEK(PEMBIAYAAN)** : Pembekalan ‘Cool mix’ Kegunaan Majlis Daerah Tampin Tahun 2019 TARAF / JENIS SYKT KOD BIDANG / SUB BIDANG /…

Gotong Royong Bersepadu

Program Gotong Royong Bersepadu di Pekan Gemencheh Lama akan berlangsung pada 19 Februari 2019 (Selasa) jam 8.30 pagi. Sila berkumpul di Gerai MARA, Pekan Gemencheh Lama untuk taklimat lanjut. Persekitan Bersih Rakyat Sejahtera. Jom! beramai-ramai kita bergotong-royong.

IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA MDT

Kontraktor-kontraktor hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Suruhanjaya Tenaga yang ASAL dan disahkan melalui Kad Pengenalan layak menghadiri taklimat dan lawatan ke tapak kerja (wakil tidak dibenarkan). Kontraktor-kontraktor juga hendaklah membawa bersama Sijil Perakuan Pendaftaran yang telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tampin. Sebarang pendaftaran…

Hari Tandas Sedunia : MDT Raih Tempat Ke-3

Majlis Daerah Tampin (MDT) meraih tempat ketiga sempena Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak. Hadiah diperolehi bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (Daerah) setelah Tandas Awam Tampin Square dilihat antara contoh tandas awam terbaik berdasarkan rekabentuk yang mesra pengguna, bersih dan mesra alam. MDT akan melipat gandakan usaha bagi…

Sistem OSConline Di Buka Semula

Permohonan pembangunan, kebenaran merancang dan kelulusan pelan boleh dilaksanakan semula secara atas talian melalui Sistem OSConline di alamat http://osconline.mdtampin.gov.my .Pihak kami memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi. Terima kasih.

Perhimpunan Bulanan Warga MDT

Perhimpunan bulanan warga Majlis Daerah Tampin (MDT) telah berlangsung pada 15 Januari 2019 jam 2.30 petang di Dewan Bandaran Tampin. Perhimpunan kali ini dihadiri Yang Dipertua MDT, Puan Suhaiza Binti Sharudin, En. Mohd Hafiz Bin Yusof (Setiausaha) serta seluruh warga kerja meliputi kakitangan di Tampin, Gemencheh dan Gemas. Puan Yang Dipertua telah menyampaikan amanat agar…