RUANG NIAGA UNTUK DISEWA
MDT menawarkan ruang perniagaan berbentuk arked, bengkel dan gerai makanan untuk disewakan kepada mereka yang berminat . Untuk maklumat lanjut sila klik.
Penyelenggaraan Sistem OSC online bermula 7/1/2019 – 18/1/2019
Makluman Sistem OSC online akan diselenggara bermula 7/1/2019 – 18/1/2019. Sebarang permohonan pelan pembangunan dalam tempoh tersebut boleh dibuat secara manual dikaunter Unit OSC, Tingkat 2, Pejabat Majlis Daerah Tampin. Segala kesulitan amat dikesali.
Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14 akan diadakan mulai 17 hingga 19 Disember 2018
Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14 akan diadakan mulai 17 hingga 19 Disember ini. Agenda utama Persidangan DUN pada kali ini melibatkan pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan 2019 yang dijadual pada 17 Disember 2018.
Denda Lewat Pembaharuan Lesen Perniagaan : Januari 30%, Februari 40% dari kadar lesen, Mac-Disember lesen dibatalkan
Kadar baru denda lewat pembaharuan lesen perniagaan akan dikenakan mengikut kadar berikut : 1. Januari : 30% dari kadar lesen 2. Februari : 40% dari kadar lesen 3. Mac – Disember: Lesen dibatalkan
Tempoh Pembaharuan Lesen Perniagaan 2019 Bermula 1 November Hingga 31 Disember 2018
Tempoh Pembaharuan Lesen Perniagaan 2019 Bermula 1 November hingga 31 Disember 2018
Kerajaan Negeri Sembilan Susun Semula Pembangunan Lembah Visi Malaysia
SEREMBAN, 7 Disember 2018 (Korporat SUKNS) – Kerajaan Negeri Sembilan telah menyusun semula pembangunan Lembah Visi Malaysia (MVV) dengan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi yang akan melibatkan perusahaan berimpak tinggi dalam sesuatu kluster. Projek pembangunan itu yang akan dikenali dengan nama MVV 2.0 juga akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia di negeri ini. Sekretariat…
IKLAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR BAGI TAHUN 2019 MAJLIS DAERAH TAMPIN
PENDAFTARAN KONTRAKTOR BAGI TAHUN 2019 MAJLIS DAERAH TAMPIN 10 DISEMBER 2018 SEHINGGA 31 JANUARI 2019 DOKUMEN YANG DIPERLUKAN : Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB), Sijil Suruhanjaya Tenaga, Sijil Kementerian Kewangan, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan lain-lain sijil yang berkaitan. Salinan Ic bagi pengurus…
Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Gemas
Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Gemas merupakan suatu rancangan pemajuan yang disediakan untuk pelaksanaan. Matlamat RKK Gemas adalah untuk menjadikan Gemas sebagai Pusat Katalis yang berdaya maju dan berdaya tahan serta ke arah pembangunan bandar yang kondusif dan mampan. RKK Gemas telah membentuk lapan (8) strategi pembangunan keseluruhan kawasan dan tiga (3) strategi pembangunan bagi…
Tawaran Sebutharga Kerja
Tawaran sebutharga menyelenggara longkang dan lain-lain kerja berkaitan. Tarikh tutup 5 Disember 2018. Maklumat lanjut.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tampin
Majlis akan berlangsung pada 23 November 2018 bertempat di Masjid Kariah Kg. Ulu Yuh Baru bermula jam 6.30 petang. Perasmian majlis akan disempurnakan oleh YTM Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin. Penceramah jemputan Ustaz Mohd Shah Rizan Bin Ibrahim, Pen. Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JAKIM. Semua muslimin dan muslimat dijemput…

