Program Pembersihan Mega Seluruh Negara Sempena World Cleanup Day 2024.
Majlis pelancaran peringkat Daerah Tampin telah disempurnakan oleh Puan Suriani binti Salihan, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin. Program telah dijalankan disekitar kawasan perniagaan Taman Sri Intan, Tampin. Seramai lebih 200 peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, pelajar sekolah, para peniaga dan syarikat swasta telah mengambil bahagian.

