Seremban, 20 Ogos 2020 Berlangsung dalam suasana negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19 dan perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sambutan Maal Hijrah 2020/1442 disambut sederhana dan penuh kesyukuran.
Suasana dan semangat penghijrahan tetap dirasai umat Islam negara ini, biarpun majlis harus mematuhi SOP antaranya penjarakan fizikal dan hadirin memakai pelitup muka.