Langkau ke kandungan

Official Portal of Tampin District Council (MDT)

Pemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) di kawasan Gemas

Maklumat dan perkhidmatan Majlis Daerah Tampin.

20 Oct 2023

Pemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) telah dilaksanakan di kawasan Gemas petang tadi. Kolaborasi antara Majlis Daerah Tampin (MDT) dan Pejabat Kesihatan Daerah Tampin (PKD) dalam memastikan kebersihan dan keselamatan makanan terjamin kepada warga Tampin.

Sebanyak sepuluh (10) kompaun pelbagai kesalahan telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil Penjaja (MDT) 1987, Undang-undang Kecil Kawalan dan Penyeliaan Tempat Makan ( MDT) 1984 , Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Antara kesalahan yang dilakukan seperti lesen perniagaan tamat tempoh, tiada suntikan anti typhoid serta pengendali makanan tidak memakai pelindungan diri seperti apron, penutup kepala dan kasut. Teguran lisan turut berikan supaya makanan yang disajikan diletakkan di dalam bekas berpenutup dan tidak membuang sisa makanan ke dalam longkang.

Pemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) di kawasan GemasPemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) di kawasan GemasPemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) di kawasan GemasPemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) di kawasan GemasPemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) di kawasan GemasPemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) di kawasan GemasPemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) di kawasan GemasPemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) di kawasan GemasPemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) di kawasan GemasPemeriksaan premis makanan (kategori penjaja) di kawasan Gemas