Skip to content

Demonstrasi Latihan kebakaran

30 Nov 2021 Pasukan Emergency Response Team (ERT) Majlis Daerah Tampin telah mengadakan Demonstrasi Latihan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin. Situasi Demonstrasi Latihan Kebakaran tahun ini melibatkan kakitangan yang mengalami lecuran akibat renjatan elektrik. Demonstrasi Pemadaman Api , Taklimat Tangani Anak Tercekik dan CPR turut diadakan.

Kempen Penjagaan Anjing Yang Baik

28 Nov 2021 Kempen Penjagaan Anjing Yang Baik telah dirasmikan oleh YB YB. Veerappan A/L Superamaniam . Semoga usaha yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada semua pihak bagi membina persekitaran komuniti yang lebih baik.

Penyampaian Sumbangan ANULAE

26 Nov 2021 En. Othman menyampaikan cek daripada ANULAE kepada kakitangan MDTampin yang menghadapi masalah kesihatan dan kecederaan semasa bertugas. Semoga bertambah sihat dan sejahtera di hari mendatang.

Trash To Cash

17 Nov 2021 Program ‘ TRASH TO CASH’ di Dataran Kampung Tengah Gemencheh hari ini.. terima kasih buat org moncheh bagi sambutan yang amat menggalakkan. Insyaallah kami akan datang ke Gemas pula.. nantikan kedatangan kami ye

Tampin Run 2021

13 Nov 2021 Sekitar Program Tampin Run 2021 yang bertempat di Tampin Water Park. Turut memeriahkan lagi program tersebut dengan kehadiran YB Tuan Veerapan a/l Superamaniam, ADUN Kawasan Repah, Ahli-ahli Majlis MDT dan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian serta pihak urusetia yang menjayakan program TAMPIN RUN 2021.

Penyerahan Projek LED Billboard

09 Nov 2021 Majlis ringkas penyerahan projek ” Led Billboard” oleh pihak pembekal kepada Majlis Daerah Tampin ,yang diadakan di Kompleks Arena Tampin. Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua MDTampin dan ketua-ketua Jabatan bagi menyaksikan demo penggunaan “Led Billboard”

Kunjungan Hormat Ke Majlis Perbandaran Alor Gajah

08 Nov 2021 Tuan Zahari Bin Md Afandi bersama Ketua- Ketua Jabatan Majlis Daerah Tampin membuat kunjungan ke Majlis Perbandaran Alor Gajah. Kunjungan mesra ini disambut baik oleh Tuan Mohd Fadhil Bin Hasan,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah. Semoga dengan pertemuan ini,kerjasama antara MDTampin dan MPAG terus erat.

Kunjungan Hormat YDP MDTampin

02 Nov 2021 Tuan Zahari Bin Md Afandi membuat kunjungan hormat ke Pejabat ADUN Kawasan Gemas, YB Dato’ Abd. Razak bin Ab. Said Terima Kasih YB atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan daripada pihak kami