Skip to content

Bencana Alam

29 Okt 2021 Tindakan pantas oleh Unit Perkhidmatan Perbandaran melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan pokok tumbang akibat daripada hujan, ribut petir yang melanda di beberapa lokasi jalan utama di Tampin iaitu di Lay-By jalan Tampin – Seremban, Taman Tasik, Kampung Baru Tampin. Terima kasih atas tindakan pantas tersebut demi menjaga keselamatan orang awam dan Tampin…

Kunjungan Pihak Bank Muamalat

28 Okt 2021 Tuan YDP telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Bank Muamalat Cawangan Johor Bahru dan Gemas. Kunjungan bertujuan untuk berkenalan dan menjalinkan hubungan baik di antara dua pihak. Terima kasih atas kunjungan hormat tersebut

Kempen Sanitasi & Disinfeks

26 Okt 2021 Dewan Bandaran Tampin telah diadakan Pelancaran Kempen Sanitasi Dan Disinfeksi Premis Akses Awam Secara Kendiri Di Bawah Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) KPKT 2021 yang telah disempurnakan oleh Tuan Zahari bin Md Afandi, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin. Sesi Taklimat Garis Panduan dan Kempen tersebut telah dihadiri lebih kurang 40 peserta…

Sidang Akhbar

25 Okt 2021 Pentadbiran Majlis Daerah Tampin dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Repah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Tuan Veerapan a/l Superamaniam mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan isu perobohan gerai daging tidak halal di Pasar Tampin.

Kunjungan Hormat

20 Okt 2021 Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Tuan Zahari bin Md Afandi menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Bin Ab. Wahab. Semoga dengan pertemuan ini , kerjasama antara pihak MDTampin dan PDRM terus erat.

Kunjungan Hormat Tuan YDP

20 Okt 2021 Tuan Zahari Bin Md Afandi membuat kunjungan hormat ke Pejabat Adun Kawasan Gemencheh, YB Dato’ Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa Terima Kasih YB atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan daripada pihak kami

Kunjungan Hormat Tuan YDP

14 Okt 2021 Alhamdulillah Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Tuan Zahari bin Md Afandi membuat kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Dato’ Haji Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat. Dalam kunjungan tersebut beliau memperkenalkan diri sebagai YDP, MDT yang baharu disamping itu juga beliau turut memaklumkan berkaitan dengan status terkini Majlis Daerah Tampin.…

Majlis Penyerahan Sijil Audit

14 Okt 2021 Majlis ringkas penyerahan Sijil Audit yang disampaikan oleh Puan Siti Maisarah Binti Muhamad Radzali,Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negara, Negeri Sembilan

Perhimpunan Kakitangan Majlis Daerah Tampin

13 Okt 2021 Perhimpunan kakitangan Majlis Daerah Tampin kali pertama bagi tahun 2021 bersama Tuan Zahari Bin Md Afandi, Yang Dipertua MDTampin. Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) turut diadakan dan dihadiri oleh Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, Pengarah Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM)