Skip to content

Official Portal of Tampin District Council (MDT)

Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin Bil. 08/2024

Information and services from Majlis Daerah Tampin.

28 Aug 2024

Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin Bil. 08/2024 telah berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat Zamrud MDTampin. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Tuan Abdul Shukor Bin Ab Aziz, Ahli Majlis MDTampin.

Majlis Peluncuran Ringkas Sistem eTempahan MDTampin turut diadakan. Melalui Sistem ini orang ramai boleh membuat tempahan dewan, kompleks sukan dan lain-lain secara dalam talian. Sistem ini akan digunakan bermula September 2024.

Pelbagai isu diperbincangkan merangkumi ekonomi setempat, hal ehwal sosial masyarakat, pembangunan dan pengurusan kewangan.

Pada mesyuarat kali ini pihak pengurusan turut membentangkan Kertas Kerja Cadangan Belanjawan MDTampin 2025.

Semoga Tampin terus maju dan sejahtera dengan komitmen semua pihak.

Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin Bil. 08/2024Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin Bil. 08/2024Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin Bil. 08/2024Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin Bil. 08/2024